Mereka Turut Dewasa

Tuesday, June 8, 2010

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PBUPAP)

ATAS sambutan luar biasa di edisi sulungnya, Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PBUPAP) kembali untuk tahun kedua selama empat hari mulai 18 sehingga 21 Mac depan.

Pada 18 hingga 21 Mac Tahun lalu, ia menarik kira-kira 150,000 pengunjung ke Putrajaya. Mereka yang hadir dapat menyaksikan 13 belon udara panas mewakili Perancis, Jepun, Belgium, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia.
Orang ramai turut berpeluang menaiki lima belon udara panas antara jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam. Mereka perlu datang awal ke tapak pelancaran berhampiran Monumen Alaf Baru di Presint 2 untuk mengelak beratur panjang dan harga dikenakan berpatutan.

Pelbagai acara lain diadakan, antaranya aksi sukan paramotor dan paragliding, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang. Lebih menarik, mereka yang berangan-angan ingin mengalami gaya hidup hartawan ala Donald Trump boleh mencuba menaiki helikopter yang beroperasi antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 3 petang hingga 7 malam.

Untuk kanak-kanak, ada pertunjukan badut, silap mata, seni pasir, inai, membuat tatu lekap, mewarna, membuat kapal terbang kertas dan bermain tanglung. Di sebelah malam, anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api. Acara itu dianjurkan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persekutuan Sukan Udara Malaysia dan AKA Balloon Bhd.


Info
Pesta dibuka antara 7 pagi dan 7 malam.
Masuk adalah percuma. Namun bayaran dikenakan berpatutan dikenakan untuk menaiki belon udara dan aktiviti gerai di tapak pesta.

0 comments:

Post a Comment

fb

visitor

free counters