Mereka Turut Dewasa

Thursday, September 16, 2010

Puasa datang lagi

 Kami pon puasa jugak.. heheh. Sepertimana yang telah di wajibkan kepada seluruh umat islam x kiralah berbangsa apa sekalipon. 
Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Yelah kalau dah beragama islam semua dikira sama.. betol x?


Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' pula bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Secara kesimpulannya Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Bukan tu aja Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.


hahah.. nila rupa-rupa pada !st day puasa.. heheh

nak puasa ni bukan leh main redahnya. Macam solat gak, puasa pon ada niatnya.. kalau x sia-sia ajelah berlapar seharian.

Lafaz niat:

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

 نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
 
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
 
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus. 

0 comments:

Post a Comment

fb

visitor

free counters