Mereka Turut Dewasa

Monday, June 7, 2010

Cinta Lelaki


Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri – tanpa sedikit keterpaksaan.Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
Dia mencemburi kekasih/isteri – lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

p/s: Apasal tetiba bercerita pasal cinta plak nie..pergh macam la aku ni pernah bercinta..hehehehe

Minggu Aspirasi Islam

Rebat Islami Membentuk Insan Rabbani
Itulah tema untuk program MAI ini. program ni adalah untuk mengajak remaja mengenali dan mendekati Islam dengan lebih dekat lagi.Program nie telah berlansung selama 2 minggu kalau tidak silap saya.. hehe(maklumlah dah lama tinggal kmpp) . Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Sebagai penutupnya Kumpulan Mestika dan Suhaimi dijemput untuk membuat konsert.Untuk program ni saya telah di pertanggungjawabkan di bawah Unit Publisiti. Memang banyak benda yang saya telah belajar. Dari program ini juga saya menjadi lebih penyabar dan banyak lagi.
sesi temuramah bersama Suhaimi
berganbar bersama Suhaimi
Persembahan dari MESTIKA
Apapun terima kasih kepada semua yang menjayakan program nie.

Bersama Sharon Koh

Siapa tak kenal pemain boling Malaysia SHARON KOH.huhu. Beliau seorang yang baik dan ceria x sombong. Sekelas dengan aku untuk subjek management.hehe. Tp xder peluang lagi nk ajak dia pegi main boling sekali. haha. Sapa tahu aku bleh kalahkan dia(ceh perasan tol)hahah. mimpi la aku kalau nk kalahkan dia main boling. Nk lawan orang biasa pon xleh..huhu
Gambar ni kitaorang ambil after test management 1 kat UPM. Semua ceria je coz soalan susah sangat.hahhah. Lepas ni tak tau la leh jumpa lg x dengan sharon.. huhu

Sunday, June 6, 2010

Langkawi

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira)
berada di puncak gunung mat cincang
di atas kereta kabel
hotel langkasuka tempat kami menginap
tongkat ALI??
ikan beso gile
hahah. bersama raja angkasa
uik.. minyak gamat. x panas walaupun mendidih.

my best friend

Pilihan Raya (KMPP)




Ni adalah pengalaman aku yang dikira hebat juga lah, iaitu menjadi suruhanjaya pilihanraya kolej kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dulu..huhuhu..(yela tu).. Tugas ni memang mencabar gak , kena bersa bar dan amanah. Memang letih , dari pagi hinggalah ke petang kami kena stay kat tempat mengundi. Perkara paling mencabar ialah ketika mengira undi.Pergh hanya tuhan yang tahu. Kita kena betul-betul fokus kalau x memang habis la, kalau salah kira kena ulang balik ..agagaga.. Tension jugak aku dibuatnya. Tapi demi tugas aku buas sebaik mungkin.huhu. Macam x percaya pulak bila calon yang aku kira undinya adalah paling tinggi undian nya.. huhu TAHNIAH pada yang menang.

fb

visitor

free counters