Mereka Turut Dewasa

Thursday, May 27, 2010

Impian Jutawan


Hmmm. setiap orang mempunyai impian untuk menjadi jutawan. Begitu juga kami, kami mempunyai impian yang begitu tinggi iaitu ingin menjadi JUTAWAN MUDA. Setiap apa yang akan kita tempuhi mempunyai banyak rintangan dan halangan yang perlu kita tempuhi. apa yang penting adalah sokongan dari yang dikenali , restu dan semangat diri sendiri.Semoga impian dan doa kami dikabul oleh ALLAH SWT. Amin..

Program Latihan Khidmat Negara


After spm aku dapat tawaran hebat ke plkn. plkn yang aku dapat tue dekat je ngan rumah aku iaitu dekat kem latihan batu jong. perjalanan dari umah aku lebih kurang 30 min jer. Nasib baik aku ader kawan yang dah aku kenal kat kem tu iaitu 4 orang dari sekolah menengah aku dulu iaitu SMKSI. Pastu semua pelatih yang lain datang dari sekitar kelantan, perak dan selangor. Bagi aku programni adalam program yang aku tunggu-tunggu untuk pergi. memang nasib aku baik kerana dapat tawaran untuk ke sini. Tp yang x berapa syoknya kat latihan ni aktiviti banyak yang x sempat buat, kalau buat pon ala kadar jer. Bila aku dengar dan kongsi cerita ngn budak dari kem lain rasa cemburu plak. tp apapon aku gembira la gak tinggal sini. aku kat sini ditempatkan di dalam company charli iaitu kumpulan bendera kuning. kumpulan kami memilih burung helang sebagai lambang kemegahan kami. kumpulan kami agaak famous dan telah mendapat tempat kedua keseluruhan. Aku amat pasti ,semua pelajar yang tidak pergi ke programni amatlah menyesal.
gambat dengan M16. waktu latihan menembak


kawan-kawan satu company
hari penyerahan barang

Wednesday, May 26, 2010

ANJUNG SERI

ANJUNG SERI(mewarna dan menyeri) itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut ERRA FAZIRA pelakon terkenal tanah air . Program ini adalah berkenaan seni hias terutama interior, dan halaman. aku rasa bangga juga tetiba je peluang untuk bersemuka dengan dia datang. memang best. Tapi time nie UPM cuti mengejut sempena serangan wabak berhantu H1N1. Tapi kami pulak berpeluang ke ANGKASAPURI untuk jadi penonton kepada rancangan nie.

Tak sangka-sangka dapat msuk tv . Bukan senang nak dapat peluang macam nie. Terima kasih juga kat RTM bukan saja jemput kami untuk masuk tv tapi selepas je rancangan tu kami dapat banyak cenderahati dari penaja. Dengan hadirnya diri aku ke program ni barulah aku tahu macammana cara pembikinan sesebuah rancangan tv didalam studio.hehehe. Apepon thanks banyak-banyak kepada RTM.
Ketika program sedang berlangsung

Gambar kenangan bersama host ERRA FAZIRA

BOSAN

Nila jadinya bila xder ape nak wat. Dah jadi boring sangat. Ahhahahah. dok serba x kena. kadang-kadang ngan cara ni leh juga hilangkan bosan. Lepas ambik gambar try la edit plak. Nak kuar ambil gmbar kat luar takder kawan. Semua pakat busy dengan keje masing-masing. Tu yang buat aku makin parah tue. hehhehe. Tapi yang kompom aku tak gila. Tu baru sikit. Kalu tak kagi teruk aku pose.. hhehehe .

p/s: jgn pikir aku gilo plok.huuuhhu

Monday, May 24, 2010

Pilihan


Ni yang buat aku serba salah nie. bila aku dapat 2 tawaran yang agak memenuhi citarasaku.First kat UITM aku dapat dip. art and design kat melaka. Manakala kat matrik aku dapat sains hayat, matrik tu pula terletak kat penang(KMPP). Tapi pilihan aku nak p uitm,apakan daya dihalang oleh keluarga.Mana xnya xder lagi sejarah dari keluarga aku ambil kos seni, semuanya kos sains. Tu yang aku di tentang habis-habisan tu. Huhu sedih la jugak.. Tapi takpe,aku percaya kalu kita pergi manapon tanpa restu dari kedua ibubapa, kita x akan kemana..huhu.. Lagipon kalau kita ader rezeki ia tak akan kemana percayalah..

Zaman Matrikulasi

Tiba pula masa untuk aku bercerita pasal zaman aku lepas dari sekolah menengah. selepas je sekolah menengah alhamdulillah aku dapat sambung pelajaran aku ke kolej matrikulasi pulau pinang(KMPP). matrik ni berada di kepala batas , bukan di sebelah pulau(ramai orang x tau). firs time la aku jejak kaki ke negeri orang selepas sekian lama aku belajar di negeri sendiri. aku mendapat tawaran kos Hayat ,tp aku pown x tahu kenapa tabgan ni gatal sangat p tukar ke cos fizik. padahal fiziklah benda yang ku x suka.first day aku kat sini hanya ALLAH je yang tau, rasa cam nak menangis bila tgok family aku balik meninggalkan aku kesorangan. Untuk menghilangkan rasa macam2 tu aku topup 30 ingit aku call semua kawan aku. x sampai sehari topup aku dah habis.. huhuh. kata pengarah KMPP ni adalah kolej matrik no 1 kt malaysia. huhu. macam x percaya orang macam aku pon leh masuk sini. hehhe.. tp tula nasib masing2. sapa tahu kan?bangga jugah dow dapat dok sini. aku bukannya pandai pon, aku masuk ni mengikuti program 2 tahun. hari berganti hari, bulan berganti bulan ,aku berjaya dapat menyesuaikan diri kat sini sampai rasa cm xnk balik. wohooo..





Ha. ni la logo matrik aku(KMPP)



ni plak map kmpp. macam tapak kasut kan.. hehhe



ni kawasan kolej kediaman KMPP



gambar time KOKO waktu program 2 tahun

gambar bersama cosmate dlam program 1 tahun.


time join kebudayaan KMPP

KMPP@jepun. heheh


cantik macam p jepun.. huhu


Zaman Sekolah Menengah

Tiba pula masa untuk aku kongsi pasal sekolah menengah aku heheheheh. Dulu aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan (SMKSI)di Machang Melantan. sekolah ni sekolah biasa ja. tapi aku berbangga dapat jadi sebahagian dr pelajar sekolah nie. Banyak ilmu dah aku timba kat sekolah nie. di sinilah aku mula menjadi budak skema (sampai sekarang) heheheh.Kat sekolah ni jugak aku banyak cuba untuk menaktifkan diri aku. Join debat, drama,forum, dan banyak lagi. Aku dilantik menjadi pengawas sejak dr tingkatan 2 lg. Tiap-tiap tahun akan pergi kursus kepimpinan pengawas. Pergh.. SKEMA. Sampai je tingkatan lima terus dilantik menjadi EXCO kerohanian . Wakakaka. Aku pon rasa nk gelak bila dipikirkan balik...
Ni adalah lencana sekolah menengah aku dulu... hahhaha

Time lawatan sambil belajar ke KL. UM ni kami singgah makan jer. hehehe

Ni plak kenangan first time join Drama Bahasa Inggeris. alhamdulillah kami berjaya sampai ke peringkat negeri. Dapat tempat kedua.. hehee. Tapi tu dah cukup bg kitaorang coz this is first time kowt. time ni banyak tol cobaan yang menimpa kami. huhu. Maklumla tahun ni kami ambil SPM.

Sunday, May 23, 2010

9 mimpi rasulullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Design

Bosan- bosan dapat juga aku hasilkan beberapa design yang x seberapa ni. Dua je sempat di upload. nanti kalu ader masa aku upload yang lain.kalu ader masa komen la. Nanti dengan komen-komen tu mana tau boleh memperbaiki lagi .


p/s : semua model tu adalah kawan aku..huhuhu. kalau perlukan model bagitau r. huhu

Tuesday, May 11, 2010

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN '15 UPM




Disini bermulanya kehidupan aku yang baru iaitu untuk menjadi seorang USAHAWAN JUTAWAN. melalui KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN (KAKS"15) aku telah menimba banyak ilmu tentang keusahwanan. ku akan cuba yang terbaik untuk dapat meneruskan niat aku ni. harap dapat sokongan dari kalian.



Thanks to all my group members.


about me


fb

visitor

free counters