Mereka Turut Dewasa

Wednesday, June 30, 2010

Syah Jihan


Drama ni best kot. time cuti drama ni r aku layan. xla bosan sangat dok umah.


Sinopsis Syah Jihan TV3:
Mengisahkan seorang wartawan penyiasatan, Jihan yang menyamar sebagai dua individu yang berbeza hanya untuk mencungkil rahsia dari Tuan Haris yang disyaki bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya. Namun dilema melanda apabila dua wanita muncul dalam hidupnya dan membawa bibit-bibit percintaan sepanjang penyamarannya. Dapatkan beliau memberkas Tuan Haris yang jahat? Syah Jihan dibintangi oleh Fauziah Ghous, Kamal Adli, Rizman Khuzaimi, Fiza Elite dan Kartina Ayob.

Tuesday, June 29, 2010

Wayang Kulit

Baru-baru ni dapat aku sksikan secara life dan ini merupakan  pengalaman pertama aku tengok wayang kulit secara life.Walaupon aku ni anak jati kelantan, aku hanya biasa tengok wayang kulit ni kt tv or cd jer.
Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang2 jawa yg bermaksud “bayang2 atau bayangan”, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang jawa,sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.

Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan pe’el perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan2. itu pasal bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje.
semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok.

Butiran Warisan :
Latar Belakang Sejarah : Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitos dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang. Di Alam Melayu, Wayang Kulit boleh didapati dalam beberapa jenis. Antaranya termasuklah Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Purwo dan Wayang Gedek. Persembahan wayang kulit akan diiringi dengan satu kumpulan muzik sebagai membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan dan menggambarkan suasana adegan-adegan yang berlaku ketika itu. Peralatan muzik yang sering digunakan dalam persembahan wayang kulit adalah Serunai (utama), Gendang Ibu, Gendang Anak, Gendombak Ibu, Gedombak Anak, Kesi, Geduk Ibu, Geduk Anak, Canang dan Gong.

Jenis – jenis Wayang Kulit
Wayang kulit di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis iaitu Wayang Kelantan, Wayang Purwo dan Wayang Gedek. Wayang Kelantan terdapat di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur yang mempersembahkan cerita-cerita Hikayat Seri Rama, manakala Wayang Purwo pula terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor yang mengetengahkan episod dari kitab Mahabrata dan cerita Panji. Wayang kulit didirikan oleh beberapa elemen penting iaitu dalang, patung, kelir dan muzik. Gabungan dari elemen inilah yang menjadikan persembahan wayang kulit satu persembahan yang harmonis.

Dalang
Dalang merupakan pemimpin dan tukang cerita dalam persembahan wayang kulit. Dalang juga bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggerakkan patung yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita seperti Ramayana, Mahabrata dan Panji. Dalang dikenali sebagai tokoh pencerita yang beraksi sambil bercerita, serta memainkan patung wayang kulit. Antara dalang-dalang yang terkenal ialah Pak Hamzah, Dolah Baju Merah, Dalang Noh Siam, Pak Margono Sitir dan lain-lain.

Pentas / Kelir
Pentas Wayang Kulit diperbuat daripada kayu begitu juga dindingnya manakala bagi atap pula diperbuat daripada daun rumbia atau daun nipah. Pentas biasanya dibina tiga atau empat kaki daripada tanah dan ia menyerupai pondok kecil yang boleh menempatkan patung-patung, ala-alat muzik dan perkaksas-perkakas persembahan.
Kelir pula merupakan sejenis kain putih direntang di depan panggung yang melindungi dalang dan pemain muzik. Di belakang kelir dipasang lampu untuk menerbitkan bayang. Pada zaman dahulu, lambu (belincong) yang digunakan ialah pelita ayam sebelum muncul gasolin. Kini bal lampu digunakan menggantikan gasolin dan pelita ayam.

Patung
Patung-patung merupakan peranan penting dalam wayang kulit. Bentuk patung wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai sendi tangan yang boleh digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya mempunytai satu sendi tangan. Antara watak-watak wayang kulit yang digunakan ialah seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko (Wayang Kelantan), Semar dan Cemuras / Turas (Wayang Melayu) bukan sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain.

Muzik
Penggunaan alat muzik dalam persembahan wayang kulit adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Peralatan muzik untuk Wayang Kulit Kelantan ialah gong, (tetawak), gendang, geduk, gedombak, canang, mong, serunai dan kesi. Bagi Wayang kulit Purwo pula alat-alat muzik yang digunakan ialah gong besar (gong Agong), gong suwukan, gambang, kempul, kenong, gender, slentem, demung, saron, peking (saron penerus), ketok / kompang, rebab dan gendang. Antara jenis-jenis lagu yang dimainkan pula ialah seperti Lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi.

Kesimpulan
Wayang Kulit seabagi teater tradisional adalah gambaran kehodupan masyarakat Meolayu Tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai hiburan, tetapi lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu tersebut

resource from:


p/s: kaya nya seni kita..huhuh
http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info

Precious Moment


Bila kita bercerita tentang masa-masa terindah ni sayu pulak aku.
Kalau tanya je REMAJA sekarang pasti diorang akan cakap tentang CINTA PERTAMA ataupuntime bercinta.huhu
Tp bagi aku lahkan CINTA pada usia ni hanyalah sia-sia dan dusta belaka.
Bagi aku je la..Ramai jugak orang cakap yang aku ni kurang matang.. Apapun korang cakap aku iyakan aja. aku x nafikan .huhu.
Memang x salah untuk bercinta tapi hati mau ikhlas.. tak gitu..
Pada kawan -kawan aku yang sedang bercinta tu selamat aku doakan. Harap korang bahagia hingga akhir hayat..huhuuh.

AZZAM idola kecil- KEKASIHKU



Padamu kuharap kau hadir dalam hariku,

Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu,
Setiap masa seolah ada disisi,
Kasih padamu takkan pernah padam,
Sayangku, hanya engkau dihati,
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu,
Oh belaianmu..

(*) Kasih, kita ditakdirkan bersama,

Takkan engkau kupersiakan,
Walau terkadang hati mudah terusik olehku..
Selagi ada nyawa,
seluruh daya kan kupastikan kau gembira,
Segala cinta dan saat bahagia, oh ibu...
Ke akhir hayatku..

Oh ibu..
Ibu...

Ulang (*)

[Lirik lagu Azzam (Idola Kecil 2) - Kekasihku on http://mp3-source-downloads.blogspot.com/ ]

[Azzam (Idola Kecil 2) - Kekasihku lyrics found on http://mp3-source-downloads.blogspot.com/]

http://www.smileycodes.info


hmmm.. dh lama aku cri akhirnya dapat jugak ... mmg best lagu ni.mmg menyentuh hati. first time aku dengar lagu ni semasa iklan di tv9. pastu terus tertarik.


p/s: BEST KOT LAGU NIE.. LAYANZZZZZZZZZZZZZ.

Friday, June 11, 2010

Port Dicson

Lawatan ini adalah bersama Encik Daud iaitu pensyarah Management. Kami datang kesini bukan sekadar untuk release tension ,tp kami juga telah mendapat tugasan untuk di nilai kat sini. Segala pengurusan untuk kesini adalah sepenuhnya diuruskan oleh kami sendiri. Lawatan ini juga bukan sahaja dari course kami sahaj tetapi ada beberapa orang dari kauseling. Lawatan yang begitu menyeronokkan dan memuaskan . Walaupun kami perlu bayar RM100 hanya untuk 2 hari tetapi ia sangat berbaloi. Lain kali rasa macam nk datang lagi je kt PERMAISURI RESORT N ni.

geng bas sekolah.. huhu.. walaupun naik bas sekolah je tp diorang tetap fun.( nk sewa bas UPM mahal sangat. kami x mampu)

Have fun guys

uik kenapa dengan si Fatin tue. agagag


waktu ni adalah task yang dipimpin oleh aku sebagai ketua yang menggunakan konsep autokrat.
alangkah kecewanya kami tidak berjaya sehingga gabungan kumpulan dilakukan. tetapi itupun ada pertolongan dari En. Daud sendiri.

lepas task... Apa lagi jom mandi hahhah..

weh tunggu aku. aku pon nk naik juga.( first time naik BANANA boat)

saat-saat kami di terbalikkan...arrrrrrrggggggghh tidak

time to mandi kolam.. ahhah. tp pandai berenang ke.

memang meriah.. hooho.


 check out.................................................http://www.smileycodes.info

p/s : jom pegi lagi

Muzium Negeri Terengganu


Lawatan ke muzium ni adalah untuk kami membuat research untuk subjek Teknologi Pertukangan kayu pada sem 1 kami.


SEJARAH

Ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976 dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976, berkuatkuasa pada 1 November 1977.
Bermula dengan sejarah jumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902.
Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Pada 3 Februari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk.
Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan usaha pengumpulan bahan bersejarah telah dipergiatkan pada tahun 1979. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan Pengarah.
Julai 1992, Batu Bersurat telah diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Terengganu dari Muzium Negara. Pada bulan April 1994, segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke ‘ rumah baru ‘, iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.



KONSEP REKABENTUK
Konsep rekabentuk Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah. Pada asasnya ada tiga pertimbangan utama untuk dibuat di dalam merealisasikan rekabentuk bangunan utama Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Pertama, ia berkaitan dengan imej ataupun rupabentuk bangunan. Pada peringkat awal, objektif rupabentuk adalah lebih menjurus kepada cita-cita untuk mewujudkan sebuah bangunan yang dapat menggambarkan senibina Melayu tempatan. Untuk maksud tersebut, maka rekabentuk Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi telah dipilih.

Ciri utama rekabentuk senibina ialah ‘ fascia ’ hadapannya yang dikenali sebagai pemeleh dan dinding panel berukir. Bangunan ini juga direkabentuk untuk memberikan gambaran seakan-akan ia berdiri di atas tiang dengan ruang masuk melalui tangga yang terangkat seperti rumah tradisional di kampung-kampung. Bahan serta ukiran kayu yang diselitkan bertujuan untuk menambahkan aspek keaslian serta estatiknya.

Kedua, perancangan susunatur ruang yang diputuskan di dalam aspek pembinaan bangunan utama ini mengandungi 4 blok yang bersambung dengan ruang ‘ communal ’ yang berfungsi sebagai laman pameran. Rangkaian bangunan yang bersambung ini mengambarkan satu keluarga yang besar yang berakar umbi daripada keluarga asas iaitu blok utama dan apabila jumlah isi keluarga berkembang, maka wujudlah bangunan yang baru, iaitu rangkaian blok-blok lain. Daripada aspek kekeluargaan, ia menampakkan suasana akrab dan rapat di antara ahli keluarga. Jambatan perhubungan di antara blok utama dengan blok yang lain menggambarkan bahawa hubungan di antara ibubapa dan anak serta ahli keluarga sentiasa terjalin dengan erat.

Susun atur ruang sedemikian juga diharap akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati sistem laluan yang menarik dan selesa di mana mereka boleh bergerak dari satu blok ke satu blok yang lain. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati dua keadaan yang berbeza, di mana semasa berada di dalam bangunan, pengunjung akan menikmati suasana yang agak‘mekanikal ’ manakala semasa berada di jambatan penghubung, pengunjung menikmati suasana luaran yang begitu ‘natural’ dan nyaman.

Ketiga, bangunan ini juga dibina menghadap sungai di dalam paksi Timur Barat. Konsep ini dilaksanakan berasaskan pengangkutan tradisi yang menggunakan jalan air ( sungai ). Dengan ini, diharapkan pengunjung berpeluang untuk datang ke Muzium dengan menggunakan jalan air. Untuk lebih efisyen, sebuah jeti yang boleh dijadikan pengkalan oleh para pengunjung juga telah dibina.

Untuk menambahkan lagi ciri ‘ ketradisionalannya ’, sebuah lagun buatan telah dibina sebagai kolam bayangan ‘ fantasy pool ’ berhampiran dengan tebing sungai. Kewujudan kolam bayangan ini akan dapat mengurangkan konsep ukuran bangunan ( building scale ) kepada konsep yang lebih berteraskan ukuran kemanusiaan ( human scale ).



p/s: memang syok gak r dapat p sini , tp yg x syoknya kat dalam x boleh ambil gambar. huuuh

Jom Bergambar.



Nila bila kita berbicara pasal pompuan, takboleh tengok orang on swith kamera. pasti berbaris kt depan . hahha. tu yang ramai model perempuan dari lelaki tu. hehe.Diorang ni memang pandai bergaya. bila di depan kamera je nampak natural with own style.. hahah. Tak kira la mana-mana tempat ke mama-mana aktiviti ke aku join semua macam tu.. hahah. Semuanya suka bergambar. Memang meriah. hoho ( sory girls)
Aksi yang menggoda. kita tengok sapa yang paling GEDIZZZZZ.. hahhah.
nanti anugerahnya kita bagi next year.. huhu..
Akhir sekali semuanya tenggelam oleh rumput yang kekeringan ini... Yang pasti tiada yang akan kekal untuk selama-lamanya.. huhuhu

p/s : model sambilan aku hahhaha.

World of Art

Giler ah. memang hebat giler teknik diorang berseni. Memang mengagumkan aku. Aku gak amat pasti bukan saja aku je yang kagum. Tapi korang pon sama kan. Bil;a aku tengok je seni ni memang menggerunkan. Bila la aku dapat jadikan bakat aku sehebat ini..

p/s: kalo buat kat umah kompon xder pencuri yg berani masuk kerana takut jatuh dalam tu ..hahahah

Tuesday, June 8, 2010

RAMEC

Ni pengalaman pergi wat lawatan kat RAMEC kat selangor. huhu nasib baik tak payah kluar duit. haha. Semua department yang support. ALHAMDULILLAH. huhu. Tapi cuak juga ah bila dapat berita pasal ada lawatan. Mana taknya semua pakat pikir takda duit. huhuhu. Pergi lawatan ke tempat ni banyak juga ah aku dapat. Aku dapat blaja sedikit sebanyak tentang macamana orang buat model (model making) bukan model peragaan tau.hhah. ada jugak orang salah faham tentang ni.lawak-lawak.

tengok Murni tu, lapar la tu.huhu(sory gurau)

Kami dibawa ke kilang untuk melihat sendiri macamana pekerja disini membuat MOLE. Dan tempat untuk membuat model. Memang mengagumkan. First time aku tengok pemutar skru besar. Kebesarannya hanya ALLAH yang tahu..huhu. memang menakutkan. Bila dah masuk tempat macam tu sudah pasti la kena pakai topi keselamatan tu. Eiii, rimas ah pakai topi oren tu. haha. naik berpeluh kepala aku. Bila dipikirkan balik nasib baik la kau ni lelaki. tak yah la susah-susah kena pakai tudung. huhuhu.Apapun kau enjoy.

tengok sapa paling ceria?huhukesian uncle tu xder orang ajak dia ambil gambar..

p/s : x mau pakai topi oren tu lagi..huuh

No Nmoking

Merokok? haha. Maaf aku memang anti asap rokok. kalau kena je sok mesti demam punya. sebelah malam plak sesak nafas. haha. Tapi dulu aku pernah juga cub a nk isap rokok ni, tapi tak boleh kot mau demam aku. Mungkin ALLAH sayang kan aku kot. huhu amin. Kata orang merokok ni macho. hahah. Tak langsung.Hahaha tengok poster kat bawah ni.

Untuk pengetahuan anda, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun .

Terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Cuba tengok carta perokok di dunia.Ei seram aku tengok. Ni semua dari negara barat.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
yang ni semua dah tahu , tapi yang tahu tu la yang diorang lebih berani nak guna.hahahah

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok

- Hidup lebih lama.
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
-Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
-Yang penting hidup lebih sihat.
p/s: Kesan merokok tak perlu lah agaknya dibincangkan semua tahu. Untuk kesihatan berpanjangan jangan lah merokok.huhu.  (̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪے~~~~ Smoking Kills.......It causes cancer


Antara Kepercayaan dengan Reality



Aku ada benda menarik nak kongsi dengan korang semua, Ni pasal kepercayaan orang kita pasal Hantu tindih. Aku pasti bukan aku aje pernah mengalaminya,tp korang pon sama kan. Dah banyak cerita pasal hantu tindih ni aku dengar, semuanya dari kawan-kawan la. Jalan cerita semuanya hampir sama. huhu. Adakah hantu ni ada persatuan TINDIH MENINDIH. ahhaha. Benda ni membuatkan aku tertarik lagi bila ramai yang persoalkan tentang kewujudan hantu tu. Aku ad ajuga dengar cerita yang hantu tindih ni bewarna hitam dan wajahnya tidak boleh nampak.Yake? Pengalaman aku kena tindih kat hantu mmang aku ada, iaitu waktu time sekolah menengah dulu. Tapi skang dah tak ade dah. Pelik pulakkan.

Persoalannya, betul ker ‘hantu’ yang tindih?

Atau, adakah fenomena ini hanyalah satu tindakbalas tubuh yang semua orang boleh mengalaminya?atau adakah pengalaman kena tindih masa tidur ini hanya kepercayaan karut masyarakat melayu, atau ia benar-benar terjadi kerana adanya ‘makhluk halus’ yang membuat kacau?

Hahah. ini yang menarik.Ada sebuah buku ada menceritakan segmen pengalaman menyeramkan iaitu 'Book and Readings',

Ramai antara kita yang menterjemahkan bahawa kena tindih seperti tak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada. nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya).

Jika anda nak tahu ia ada kaitan pasal biologi tubuh badan manusia. Untuk pengetahuan anda Fenomena hempap/tindih ni mempunyai nama medicalnya iaitu 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tido (hypnopompic paralysis).
Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement) . Waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak-gerak. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap.REM atonia (tader muscle tone).

Otak kiter pun ada switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on. Kirenyer macam hibernate la.
So, bila kita bangun, RAS switched on balik, kita sedar fully awake state tapi kadang-kadang, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.mmg menakutkan tapi benar.
Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ade yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda-benda yang bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/ tindih, dll.)

Antara sebab atau benda2 yang boleh men'trigger' sleep paralysis:
1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.(so jangan tido terlentang lagi, ikutlah sunnah RASULULLAH SAW)
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido )
4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan, lain-lain
5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba(selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.aktiviti extreme)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

p/s : So janganlah lagi percaya kononnya kena tindih ngan hantu. hehe. think positive guys.Apa-apa pun hanya ALLAH yang tahu.

Siapa


 Cuba teka sape ni.. heheh. Ni la aku time sekolah dulu. Gambar ni aku ambil time form 5. hahah. Kurus lagi. Ramai orang tak percaya ni aku.hahah.Mentang-mentang la aku dah tak macam tu. Cittttt Podah. Ada yang cakap ni gambar adik aku. Apekehelnya, aku anak bongsu la.huhu.Tapi skang badan dah makin naik..OOOOO TIDAK...... Bahaya ni. Macammana agaknya nak kurus balik ek.
Nak bersenam malas, nak diet...hmmmmmmmmmmmmm. x pandai pulak aku.



p/s : kalau sapa ader cara terbaik nak turunkan berat badan tingalkan lah komen anda.huhuhu

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PBUPAP)

ATAS sambutan luar biasa di edisi sulungnya, Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PBUPAP) kembali untuk tahun kedua selama empat hari mulai 18 sehingga 21 Mac depan.

Pada 18 hingga 21 Mac Tahun lalu, ia menarik kira-kira 150,000 pengunjung ke Putrajaya. Mereka yang hadir dapat menyaksikan 13 belon udara panas mewakili Perancis, Jepun, Belgium, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia.
Orang ramai turut berpeluang menaiki lima belon udara panas antara jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam. Mereka perlu datang awal ke tapak pelancaran berhampiran Monumen Alaf Baru di Presint 2 untuk mengelak beratur panjang dan harga dikenakan berpatutan.

Pelbagai acara lain diadakan, antaranya aksi sukan paramotor dan paragliding, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang. Lebih menarik, mereka yang berangan-angan ingin mengalami gaya hidup hartawan ala Donald Trump boleh mencuba menaiki helikopter yang beroperasi antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 3 petang hingga 7 malam.

Untuk kanak-kanak, ada pertunjukan badut, silap mata, seni pasir, inai, membuat tatu lekap, mewarna, membuat kapal terbang kertas dan bermain tanglung. Di sebelah malam, anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api. Acara itu dianjurkan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persekutuan Sukan Udara Malaysia dan AKA Balloon Bhd.


Info
Pesta dibuka antara 7 pagi dan 7 malam.
Masuk adalah percuma. Namun bayaran dikenakan berpatutan dikenakan untuk menaiki belon udara dan aktiviti gerai di tapak pesta.

Bakti Siswa

Pengalaman pertama kali mengambil koko berkredit di UPM. Dalam ingatan asyik ingat benda relax je. Tup2 ambillah BaktiSiswa. Ramai gak senior cakap yang benda ni senang dapat A. ahahah. Memang pown. Tambahan plak dapat fasi sopting giler. Dalam kelas memang relax,tp akhirnya kami kena keluar untuk buat kerja amal. Memandangkan waktu ni adalah musim H1N1, pihak universiti x benarkan kami buar aktiviti kat luar. Jadi terpaksa la kami buat aktiviti kat dalam je. Tp best gak ah, leh jugak jalan2 keliling UPM ni.

Taman Aroma & Herba UPM

marilah bertepuk tangan

Ladang Lembu UPM

eyek... apatu..huhuhu

Pusatr Ekuin UPM

cuci stor simpanan barang-barang kuda..

Padang Golf UPM

jom naik buggy.

fb

visitor

free counters