Mereka Turut Dewasa

Friday, March 25, 2011

Mona Fendy


 Mona Fendy (Maznah Ismail) mengaku bahawa dirinya seorang penyanyi, dan telah mengeluarkan beberapa album antaranya DIANA1 pada tahun 1987. Tetapi kerana sebab tertentu beliau telah beralih arah menjadi seorang bomoh. Banyak cerita-cerita yang pelik tentang beliau kita dapat dengar. Termasuklah kes terbesar pembunuhan seorang ahli politik yang membawa beliau ke tali gantung.
Kronologi Ringkas Kes Pembunuhan Datuk Mazlan Idris. [ADUN Negeri Pahang]:

1993 - Mona, suami, serta pembantunya ditangkap, kerana membunuh Datuk Mazlan Idris dengan mengerat badannya kepada 18 bahagian kemudian menanamnya di sebuah rumah kosong.
1995 - Dibicarakan dan dihukum mati mandatori.
2001 - Tamat riwayat pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.
Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi.

video

video

Rasanya tak ramai yg tahu kisah mona ni kan. pe pun harap dah dapat sikit pgajaran buat kita renungi bersama ...

0 comments:

Post a Comment

fb

visitor

free counters