Mereka Turut Dewasa

Tuesday, June 8, 2010

Antara Kepercayaan dengan Reality



Aku ada benda menarik nak kongsi dengan korang semua, Ni pasal kepercayaan orang kita pasal Hantu tindih. Aku pasti bukan aku aje pernah mengalaminya,tp korang pon sama kan. Dah banyak cerita pasal hantu tindih ni aku dengar, semuanya dari kawan-kawan la. Jalan cerita semuanya hampir sama. huhu. Adakah hantu ni ada persatuan TINDIH MENINDIH. ahhaha. Benda ni membuatkan aku tertarik lagi bila ramai yang persoalkan tentang kewujudan hantu tu. Aku ad ajuga dengar cerita yang hantu tindih ni bewarna hitam dan wajahnya tidak boleh nampak.Yake? Pengalaman aku kena tindih kat hantu mmang aku ada, iaitu waktu time sekolah menengah dulu. Tapi skang dah tak ade dah. Pelik pulakkan.

Persoalannya, betul ker ‘hantu’ yang tindih?

Atau, adakah fenomena ini hanyalah satu tindakbalas tubuh yang semua orang boleh mengalaminya?atau adakah pengalaman kena tindih masa tidur ini hanya kepercayaan karut masyarakat melayu, atau ia benar-benar terjadi kerana adanya ‘makhluk halus’ yang membuat kacau?

Hahah. ini yang menarik.Ada sebuah buku ada menceritakan segmen pengalaman menyeramkan iaitu 'Book and Readings',

Ramai antara kita yang menterjemahkan bahawa kena tindih seperti tak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada. nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya).

Jika anda nak tahu ia ada kaitan pasal biologi tubuh badan manusia. Untuk pengetahuan anda Fenomena hempap/tindih ni mempunyai nama medicalnya iaitu 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tido (hypnopompic paralysis).
Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement) . Waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak-gerak. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap.REM atonia (tader muscle tone).

Otak kiter pun ada switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on. Kirenyer macam hibernate la.
So, bila kita bangun, RAS switched on balik, kita sedar fully awake state tapi kadang-kadang, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.mmg menakutkan tapi benar.
Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ade yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda-benda yang bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/ tindih, dll.)

Antara sebab atau benda2 yang boleh men'trigger' sleep paralysis:
1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.(so jangan tido terlentang lagi, ikutlah sunnah RASULULLAH SAW)
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido )
4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan, lain-lain
5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba(selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.aktiviti extreme)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

p/s : So janganlah lagi percaya kononnya kena tindih ngan hantu. hehe. think positive guys.Apa-apa pun hanya ALLAH yang tahu.

0 comments:

Post a Comment

fb

visitor

free counters