Mereka Turut Dewasa

Friday, June 4, 2010

Kafilah Aspirasi Siswa



Sebuah program baktisiswa anjuran Kolej Komuniti dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Peruntukan kewangan pula dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Disertai oleh Kolej Komuniti seluruh semenanjung dan beberapa Politeknik dan beberapa buah Universiti seperti UPM dan UTHM.


Nama program: Kafilah Aspirasi Siswa 2010
Tarikh: 28 - 30 Mei 2010
Tempat: Kg. Sepayang, Kuala Rompin, Pahang
Peserta: Pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia
Anggaran: 250 - 300 peserta


Program nie memang best sebab aku dapat belajar banyak benda baru kot. walaupun perjalanan yang amat panjang untuk sampai ke destinasi ,tapi kami tetap enjoy. ni adalah first time aku join program anak angkat nie. Tapi yang memeranjatkan adalah jumlah peserta adalah terlalu ramai kot. Sampai satu keluarga kena ambil dalam 5 orang anak angkat.huuhu. Dengar kata banyak orang kampung x setuju, tapi apa pula kaitannya dengan aku kan.huhu. Yang penting program nie dah selesai dan berjaya.Sebenarnya programnie adalah majoriti peserta dari KOLEJ KOMUNITI seluruh malaysia ,entah macamana UPM dan UTHM sesat join program nie. Mungkin sebab dia punya penasihat program alumni dr UPM kot. hahah. memandai je aku wt tafsiran.

Banyak jugalah aktiviti untuk pengisian program nie. Tapi yang bestnya program ini tidak terlalu push peserta. hahah. Tapi walaupun begitu program tetap berjalan dengan lancar. Biasa la semua dah beso panjang. pihak penganjur pon dah faham. huhuhu. Kami juga dapat sehelai T-SHIRT berwarna kuning sebagai peserta program. Dalam program nie ,kami banyak bekerjasama dengan geng dari UTHM. Diaorang semua betul-betul gempak ah. Bukan saja itu diaorang ni memang rajin nak habaq sikit. memang rajin. ahhahah.




 Nak cerita pasal family angkat pulak.huhuh. Family angkat kitaorang memang best, malam first tu dah bawak kami pegi Pesta Pantai kat Rompin.Pesta tu pon baru malam tu start beroperasi. huhuhu. Tapi diaorang x pi. Anak sedara diaorang je yang hantar kami. Nak dijadikan cerita waktu dalam perjalanan balik kereta di langgar mat rempit. Nasib baik la xder ape-epe ,kereta pn x teruk,tp hancur gak la no plat kete tu. Dgr kata mat rempit tu teruk . Tapi aku x tau la citer nya coz aku x naik kete tu waktu kejadian. Apapon aku takot gak ah. Mana taknya. baru datang x sampai sehari benda macamtu dh berlaku.huhu.Ape yang penting, Thanks to family angkat huhuhu.diaorang memang sporting. Mana xnya diaorang pon muda lagi huuhu.

Pertunjukan wayang kulit oleh HALIM YAZID
   
Our attitude toward life determines life’s attitude towards us.
~ Earl Nightingale

0 comments:

Post a Comment

fb

visitor

free counters